HealthyFresh

“Dari Ladang ke Setiap Rumah”

Jaminan Kesegaran dan Kualiti Produk Bumiputera

Dalam era kehidupan moden yang serba sibuk ini, semakin tinggi kesedaran orang ramai terhadap kepentingan pemakanan yang sihat dan berkualiti. Di samping itu, semakin meningkat juga kesedaran akan kepentingan sokongan terhadap produk tempatan dan masyarakat Bumiputera Muslim yang jumlahnya agak kurang di pasaran negara ini. 

Dalam blog ini, kita akan menjelajahi dunia penanaman hasil pertanian moden sebagai alternatif yang menyediakan produk-produk segar, berkualiti dan dihasilkan oleh para pengusaha Bumiputera. Mari kita teroka bersama-sama cara penanaman hasil pertanian untuk menghasilkan sos, pes makanan dan lain-lain produk yang dijamin lebih segar dan bermutu.

Apa itu Penanaman Pertanian Moden?

Penanaman hasil pertanian merujuk kepada kaedah penanaman secara fertigasi, hidroponik dan penghasilan produk yang ditanam didalam rumah hijau (greenhouse) yang kurang menggunakan racun  kimia atau bahan kimia berbahaya yang lain. Ia melibatkan penggunaan bahan-bahan semula jadi yang selamat untuk manusia dan alam sekitar. Penanaman di ladang kami juga mengamalkan pertanian dengan Amalan Pertanian yang Baik (MyGAP) bagi menekankan kepada kelestarian alam dan menjaga keseimbangan ekosistem.

Kelebihan Produk Keluaran Kami:

Produk hasil organik menawarkan beberapa kelebihan yang menjadikannya pilihan yang lebih baik berbanding produk konvensional. Antaranya termasuk:

  • Kandungan nutrisi yang lebih tinggi: Tanah dan media yang dijaga dengan baik dan menggunakan bahan berunsurkan nutrisi yang lebih tinggi kepada tumbuhan, menghasilkan hasil yang lebih berkualiti tinggi dan berkhasiat.
  • Lebih segar dan beraroma: Tanpa bahan pengawet atau bahan kimia tambahan lainnya, produk hasil organik cenderung lebih segar, beraroma semula jadi dan mengekalkan rasa asli mereka.
  • Sokongan terhadap ekonomi tempatan: Dengan memilih produk hasil organik dari pengusaha Bumiputera Muslim, anda memberikan sokongan kepada pembangunan ummah, ekonomi tempatan berasaskan agrotani dan membantu meningkatkan kelestarian masyarakat setempat.

 

Cara Penanaman Pertanian Moden

  • Pilih lokasi yang sesuai bagi mendirikan pertanian menggunakan teknologi fertigasi yang menggunakan kaedah pembajaan yang tepat. Kawasan tanah yang rata dan mendapat cahaya matahari yang mencukupi adalah kawasan yang sesuai untuk teknik penanaman secara fertigasi.
  • Menggunakan sepenuhnya kaedah pembajaan tepat iaitu pemasa automatik dan sentiasa memastikan tanaman subur dengan penjagaan pH media dan nutrisi pokok. Kaedah pembajaan menggunakan autoflow dan mesin sprayer teknologi robotik adalah cara kami. 
  • Penggunaan rumah hijau dan rumah pelindung hujan diutamakan bagi tanaman yang sensitif seperti cili bagi mendapatkan cili yang kurang menggunakan racun perosak untuk produk kami. Kami juga menggunakan benih yang berkualiti tinggi daripada sumber yang dipercayai.
  • Penjagaan dan pengawalan rumpai seberapa boleh menggunakan teknik ladang yang mampan dimana kami juga ada membela ternakan untuk kawalan rumpai. Kami juga mengawal serangga melalui kaedah organik dan tanaman yang menghalau serangga perosak seperti serai wangi.