Dalam era kehidupan moden yang serba sibuk ini, semakin tinggi kesedaran orang ramai terhadap kepentingan pemakanan yang sihat dan berkualiti. Di samping itu, semakin meningkat juga kesedaran akan kepentingan sokongan terhadap produk tempatan dan masyarakat Bumiputera Muslim yang jumlahnya agak kurang di pasaran negara ini.
Dalam blog ini, kita akan menjelajahi dunia penanaman hasil pertanian moden sebagai alternatif yang menyediakan produk-produk segar, berkualiti dan dihasilkan oleh para pengusaha Bumiputera. Mari kita teroka bersama-sama cara penanaman hasil pertanian untuk menghasilkan sos, pes makanan dan lain-lain produk yang dijamin lebih segar dan bermutu.
Apa itu Penanaman Pertanian Moden?
Penanaman hasil pertanian merujuk kepada kaedah penanaman secara fertigasi, hidroponik dan penghasilan produk yang ditanam didalam rumah hijau (greenhouse) yang kurang menggunakan racun kimia atau bahan kimia berbahaya yang lain. Ia melibatkan penggunaan bahan-bahan semula jadi yang selamat untuk manusia dan alam sekitar. Penanaman di ladang kami juga mengamalkan pertanian dengan Amalan Pertanian yang Baik (MyGAP) bagi menekankan kepada kelestarian alam dan menjaga keseimbangan ekosistem.
Kelebihan Produk Keluaran Kami:
Produk hasil organik menawarkan beberapa kelebihan yang menjadikannya pilihan yang lebih baik berbanding produk konvensional. Antaranya termasuk:
Cara Penanaman Pertanian Moden