HealthyFresh

“Dari Ladang ke Setiap Rumah”

Jenama Tempatan Dari Ladang Sendiri Dalam Pasaran Malaysia Dengan Slogan “Dari Ladang Ke Setiap Rumah”

Healthy Fresh Agro telah mencipta kehebatan dalam industri makanan sebagai jenama tempatan baru yang tidak hanya menghasilkan produk berkualiti tinggi tetapi juga mengekalkan keaslian dan khasiat bahan tulen dan segar. Dalam blog ini, kami akan membongkar rahsia di sebalik kejayaan Healthy Fresh Agro dalam memasuki pasaran tempatan dengan pelbagai produk makanan ready to cook seperti pes makanan, sos dan sebagainya. Antara produk hasil yang dihasilkan oleh Healthy Fresh adalah setaraf dengan jenama antarabangsa. Mari kita teroka bersama bagaimana Healthy Fresh telah menjadikan bahan organik dari ladang sendiri sebagai landasan kejayaannya.

Penanaman Bahan Organik dalam Ladang Sendiri seperti tanaman herba antaranya lengkuas dan bunga kantan ditanam bagi menjamin bahan makanan berkualiti yang berterusan. 

Healthy Fresh mempunyai ladang sendiri yang diurus dengan penuh keprihatinan untuk menghasilkan bahan berkualiti tinggi. Berikut adalah langkah-langkah utama yang diambil:

  1. Pemilihan Tanaman yang Sesuai: Kami memilih tanaman yang sesuai dengan iklim tempatan dan mempunyai keupayaan membiak dengan baik dalam persekitaran yang dijaga dengan amalan pertanian yang baik.
  2. Penjagaan Tanaman dengan Teliti: Kami memberikan penjagaan yang teliti kepada tanaman kami dengan menggunakan kaedah fertigasi, hidroponik mahupun organik. Pengurusan ladang bersepadu menggunakan kaedah moden dan organik juga diamalkan bagi mendapatkan kualiti bahan mentah pertanian yang berkualiti. 
  3. Penggunaan Teknologi Pertanian: Kami mengintegrasikan teknologi pertanian terkini seperti penggunaan sistem pengairan beririgasi automatik, pengawalan nutrisi dan penggunaan sensor suhu, penggunaan robot meracun bagi menjaga keselamatan pekerja dan penggunaan rumah hijau untuk menjaga kestabilan dan meningkatkan kualiti tanaman.

 

Proses Penghasilan Makanan ‘Ready to Cook’ menggunakan teknologi retort dan pempasteuran

  1. Pemetikan pada Masa yang Tepat: Tanaman kami dipetik pada masa yang tepat iaitu ketika mereka mencapai tahap kematangan optimum untuk memastikan kandungan nutrisi dan rasa yang terbaik.
  2. Pemprosesan yang teliti: Kami mengamalkan pemprosesan yang teliti dan menggunakan kaedah retort bagi pengeluaran pes serta penggunaan pempasteuran yang dijamin mematuhi piawaian makanan selamat di Malaysia. 
  3. Pengawetan Semula Jadi digunakan dalam kebanyakan pes masakan: Kami mengutamakan penggunaan bahan pengawet semula jadi seperti garam, gula, rempah,  asam jawa dan herba untuk memastikan produk kami tetap segar dan berkualiti serta selamat untuk dimakan.

 

Produk Bertaraf Antarabangsa dan Mematuhi Standard Kualiti:

  1. Penyelidikan Pasaran: Kami melakukan penyelidikan menyeluruh mengenai permintaan pasaran di Malaysia yang amat mementingkan kualiti dan rasa. Kami memberi jaminan bahawa produk kami lebih baik dan setaraf dengan produk berjenama mahupun import.
  2. Pematuhan Standard Kualiti dan Keselamatan Makanan: Kami mematuhi standard kualiti dan keselamatan makanan yang ditetapkan oleh negara. Ini termasuk pendaftaran persijilan dan pengesahan produk seperti ujian makmal dan pelbagai lagi keperluan industri makanan.